Monday, June 29, 2009

Demokrasi di Malaysia? Ye ke ni...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Aku terpanggil untuk luahkan pa ang aku rasa satu ketidakadilan di dalam sistem Demokrasi di Malaysia.

2. Aku sekarang duduk di Johor, jadi kadang2 tu dapat la tengok siaran TV 2 buah negara jiran kita iaitu Singapura dan Indonesia.

3. Semalam sewaktu bermalam di JB, aku amik peluang la menonton TV Indonesia. Tengah tengok satu cerita best iaitu "Pemberian Misterius" (jap lagi aku citer pasal citer ni), tetiba kuar la iklan. Aku pun tengok la dengan penuh minat sebab nak bandingkan dengan iklan TV Malaysia.

4. Lebih kurang je pun iklannya. Contoh kalu iklan sabun, sama ke cuma yang bezanya jenama sabun tu. Hehehe... Ok, tetiba kuar la satu iklan yang menarik. Rupanya iklan kempen pilihanraya Presiden Indonesia.

5. Mula2 aku tgk kempen Presiden skrang Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dengan pasangannya Boediono dalam TV tu. So kuar la janji2 politik yang akan dilaksanakan. So aku pun just wat biasa la sebab tau SBY tu Presiden skarang. So bila ditampuk kuasa, kuar TV tu biasala.

6. Tapi bila tiba sesi iklan skali lagi, aku teruja sebab kuar pula kempen pesaing SBY-Boediono iaitu Megawati Sukarnoputri - Prabowo Subianto. So TV tu pun tunjuk la apa pula janji2 Megawati andai terpilih menjadi Presiden Indonesia.

7. Aku terpikir, bagaimana pula di Malaysia sewaktu Pilihanraya? Xkisah la pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Adakah berlaku sama seperti di Indonesia? Adakah kedua2 pihak iaitu kerajaan dan pembangkang diberi peluang untuk berkempen di TV? Aku rasa semua tahu, hanya satu pihak je yang boleh kuar kat TV. Semua siaran TV perdana dan radio hanya menyiarkan kempen sebelah pihak yang berkuasa sahaja.

8. Kenapa pihak yang satu lagi dinafikan hak untuk dapat kemudahan yang sama? Kalau nak kata itu TV kerajaan, kita kena ingat duit untuk kerajaan berfungsi, peratus terbesar pun datang dari cukai yang dibayar kerajaan. Kerajaan yang sebenar adalah kerajaan rakyat bukan kerajaan parti. Anda setuju?

9. Malam tu pula aku g kedai makan. So ambil la peluang tengok Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam. Seperti biasa la, mesti ada berita tentang H1N1 yang makin teruk menular di negara kita. Then kuar la berita pasal pilihanraya kecil di Manik Urai.

10. Apa berita pasal Manik Urai tu, aku xyah la cerita. tapi berkisar tentang calon dari parti yang bertanding. Apa yang menimbulkan rasa kurang selesa adalah sikap tidak professional media tersebut iaitu TV3.

11. Apa motifnya menyebut calon dari PAS hanya seorang 'pemborong ikan'? Kenapa tidak disebut peniaga ke, usahawan ke? Sedikit rasa kurang selesa dengan ayat yang digunakan media.

12. Entahlah, korang suma pikir la sendiri yang samada adanya keadilan atau tidak........ Oh ya, aku bukan menyebelahi mana2 pihak ya. Sekadar rakyat yang menilai setiap yang berlaku dalam negara tercinta ni...

13. Ok, pasal cerita "Pemberian Misterius" yang aku cakap tadi. Memang sangat2 menarik cerita ni. Cerita ni nak cari orang yang betul2 punya hati yang ikhlas nak bantu orang lain dengan menggunakan seorang pengemis yang pakaiannya kotor, tidak terurus dan rambut yang kusut masai.

14. Pengemis tu akan berjalan dan jumpa jer sape2 dia akan cuba dekati. Ala, macam kita jumpa pengemis kat jalanan tu la. Then mesti hampir kesemua kita akan lari. Btul x?

15. Ok, bila pengemis tu berjaya tegur sape2, dia akan mulakan untuk minta bantuan orang ni. Dia akan minta tolong hantarkan satu bungkusan berisi wang ke satu rumah yang alamatnya ada dalam bungkusan tu. Bila buka bungkusan tu akan nmpak la wang n alamatnya. Mean that orang tu tau dalam bungkusan tu ada duit. Disini la nak uji kejujuran orang tu pulak.

16. Suma individu yang pengemis tadi jumpa semuanya xnak tolong. Smpailah kepada seorang pakcik ni, nama dia Pak Sukarno. Pak Sukarno seorang pengawal lalulintas jer. Pengemis tadi dekati Pak Sukarno ni, then cakap nak minum. Pak Sukarno ni belikan air untuk dia. Kemudia baru la dia ckap nak mintak tlg antarkan wang tu kepada satu keluarga yang pengemis tu kata adik dia.

17. Pak Sukarno ni setuju nak bantu. Dia siap tanya kepada pengemis tu, "bapak percaya sama saya?". Ye la kan, silap2 kang Pak Sukarno tu kebas duit tu lak.

18. Sebelum Pak Sukarno nak beredar, pengemis tu uji lagi Pak Sukarno. Dia pesan minta belikan roti untuk adik dia tu. Pak Sukarno setuju dan siap belikan untuk pengemis tu sekali.

19. So bila Pak Sukarno g hantar, rupanya adik pengemis tadi satu keluarga yang sangat susah. Nama adik pengemis td Sutinah. Ibu Sutinah ni anaknya pula cacat sejak lahir lagi. Duduk pun di rumah nelayan yang mana hanya satu bilik untuk didiami oleh satu keluarga.

20. Lepas je Pak Sukarno bagi wang dan roti, menangis2 keluarga ni. Sebak gak aku tgk babak tu. Then selepas tu, Pak Sukarno pun balik la.

21. Kemudian di rumah Pak Sukarno, sesuatu yang surprise menanti keluarga Pak Sukarno. Ketika wakil produksi ke rumah Pak Sukarno, dia xbalik kerja lagi pun. So hadiah misteri tu akan diberikan kepada keluarganya. Hadiahnya adalah satu lori yang penuh dengan ayam hidup untuk diternak. Menangis2 keluarga Pak Sukarno ni. Oh ya, keluarga Pak Sukarno ni pun keluarga susah tau.

22. So bayangkan, diri sendiri susah, tapi bila lihat orang lagi susah, adakah kita akan sedia membantu seperti Pak Sukarno? Renungan untuk aku sendiri dan kawan2 semua....

23. Apa yang wat aku tertarik adalah konsep yang digunakan dalam "Pemberian Misterius" ni. Keluarga susah seperti Pak Sukarno dibantu bukan dengan beri wang ringgit tapi satu benda yang boleh diusahakan dan dengan benda tu boleh merubah kehidupan keluarga tersebut.

24. Aku rasa kaedah ni lagi berkesan untuk membantu keluarga miskin. Kalu di Malaysia, kita ada rancangan "Bersama mu". Aku kurang setuju dengan cara memberi wang, tapi beri benda yang boleh diusahakan. So faedahnya adalah untuk jangkamasa panjang..

25. Jadi kalau ada sape2 yang kenal dengan pihak TV3 atau produksi "Bersama mu", cadang2 kan la ya konsep "Pemberian Misterius" td tu..

Wassalam...

Monday, June 22, 2009

hari ini, 22 Jun 2009..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. First of all, Selamat Ulang tahun kelahiran yang ke-59 buat ayahanda tercinta, Hj. Mohd Yazid bin Ibrahim yang berada nun jauh di Ipoh sana. Semoga abah yang terbaik kat dunia ni kekal diberikan kesihatan menjalani kehidupan seharian bersama emak tersayang. Aminn...

2. K, arini gak aku jumpa kawan2 di UMP dekat Bandar Penawar ni. Aku g pejabat pos bayar bil, tetiba ternamak sorang mamat ni. Tgk mcm kenal jer. Rupanya mmg kenal pun, dak meki UMP. So kami tukar2 la no n janji nk makan melam sesama. And yang bestnya, ada lagi 3 orang dak UMP yang keje skali dgn dia. Salah sorangnya Vicky, dak letrik gak.

3. So tadi kami jumpa la kat Tasik Bandar Penawar. Macam2 citer kuar. So pasni xla aku bosan dah kat Bandar Penawar ni, da jumpa geng. Insyallah la xde lagi la makan sorang2, kuar g Kota tggi sorang2 n xde lagi dah kot g tgk wayang kat Jusco Tebrau City sorang2 macam aritu. Hahaha..

4. Arini gak aku rasa sgt best sebab cuaca mendung sepanjang ari. Xnampak lgsg matahari. Tgh mlm smlm ujan, so pagi td jalan mash basah. So xbajet la mendung jer. Tgk2 mendung sampai kepetang. Kan best kalu cuaca berterusan camni, tak la aku ni makin gelap. Hehehe..

5. Ada satu situasi yang best berlaku masa sembang pasal mendung ni...

Aizat : Kalau macamni tiap2 ari kan senang...

Hairul : Tak jugak. Kalu mendung jer, nak cat paip pun susah..

Aizat : Tu ar pasal. Time kita nak wat keje luar, sikit pnya panas. Mintak mendung.

Tapi time mendung nak wat keje yg perlu panas lak..

Hairul : Tu la dugaan keje namanya..

Mamat : Tu maknanya hidup ni ada tuhan..

Hairul & Aizat : ........

6. Perghhh..memang best dialog terakhir tu. Leh wat jadi pengajaran. Tu pasal aku share dengan korang suma.

7. So, ape2 pun kita wat, kita kena ingat ada yang Maha Berkuasa yang memerhatikan kita ya..Sama2 kita tingkatkan amalan kita disamping kita mengejar dunia ini. Insyallah..

8. K ar, da ilang lak idea aku. Nanti aku tulis lagi ya.

Wassalam..

Wednesday, June 17, 2009

I'm back...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. Hari ni genap sebulan 2 hari aku tak update blog ni. Hari ni gak genap umur aku 24 tahun 1 bulan. So dalam sebulan 2 hari ni macam2 perkara yang berlaku. mana yang aku ingat je la aku leh tulis dalam ni..

2. Firstly, Selamat Pengantin Baru kepada Akmal Hariz bin Mansor a.k.a sepupu aku yang selamat diijab kabulkan dengan wife dia 2 minggu lepas di taman Melawati. Minggu lepas, 13 Jun pula kenduri sebelah laki kat kampung aku di Pedas, Rembau.

3. So kat sana dapat la aku jumpa mak abah n adk bradik aku setelah sekian lama xjumpa. Rindu oo.. Suma balik kali ni. Ha, ada satu pengajaran untuk aku sewaktu kenduri ni iaitu, 'kalau kenduri sepupu, xpayah mengade-ngade nak pakai segak2. Pakai t-shirt sudah..'

4. Alkisahnya, aku dan sorang sepupua aku, Izzul Syafiq a.k.a Kacang pakat la pakai kemeja pagi Sabtu tu. Tiba je kat sana, xsampai 15 minit da kena dduk kat tempat basuh pinggan. Mula tu tahan la gak basuh pakai kemeja, tapi da asik kena kutuk je, kitaorang terus tukar pakai t-shirt. hampeh tul..

5. Lepas kenduri tu, aku cabut lari ikut mak abah g dusun durian even keje kat kenduri tu banyak lagi. Hahaha.. Kitaorang satu family ikut family kak long g dusun durian kat Linggi. Dusun tuan umah sewa yang kat KL tu. Da lama aku xmakan durian sepuas-puasnya. aritu aku belasah memang xingat pnya. Aku bajet kalu demam pun xpe, puas ati. Tapi Alhamdulillah tak demam.

6. Emm..ape lagi ya yang aku nak citer kat sini. Tadi macam banyak idea. Tapi skang da ilang. Adeiii.. Banyak yang berlaku pun pasal keje la especially kat site. Macam-macam jenis manusia aku jumpa. So macam2 jenis dugaan gak la aku kena hadapi. Insyallah aku akan kuatkan ati untuk survive dalam bidang ni. Amin..

7. Aku dapat makluman yang tarikh konvokesyen aku 3 dan 4 October. So lepas raya la. Aku rasa dah xsabar lak nak g konvo. Leh jumpa kawan2. Aku jamin mesti seronok bila masing2 bukak cerita n pengalaman masing2. Huhuhu...

8. K la, insyallah aku akan antar posting lagi minggu ni. Actually aku dapat broadband ni da dekat 2 minggu tapi baru malam ni aku tetiba jadi rajin nak update blog ni. Hehehe... Kemalasan menguasai diri ini...

9. K ya, jumpa lagi.

Wassalam..




Friday, May 15, 2009

Lamanya..

Assalamualaikum..

1. Lamanya aku tak antar posting kat blog ni. Kesibukan bekerja yang asyik keluar sana sini membataskan aku nak menulis dalam blog nih.

2. Jangan kata masa nak tulis blog, masa untuk diri sendiri pun da semakin kurang rasanya. Takpe la, nak berjaya mesti ada sesuatu yang kita korbankan. Balasan pengorbanan suma tu akan tiba nanti. Insyallah.

3. Dulu masa mula keje, aku bawa la juga laptop ni. So ade masa free kejap2 tu leh la online jap. Tapi masuk je mggu kedua, aku da mula xbawak laptop. Sebabnya banyak masa diluar ofis berbanding masa kat ofis.

4. Kena ulang alik g Raub, g antar tender da g jumpa macam2 orang. Yang terbaru aku kena outstation kat Bandar Penawar, Johor. Ade projek IKBN kat sana. Jauh lak tu, kira2 5 jam dari KL. 5 jam kalu naik kete bos, kalu naik ABU, mau 7 jam. Hahaha..

5. So lepas ni aku rasanya bukan stakat seminggu dua aku xupdate blog ni, mau cecah sebulan kot. Aku da kena stay kat Bandar Penawar mula isnin ni (18 Mei). Tak tau la ape nak jadi kat blog ni pasni..

6. Ape2 pun, aku enjoy la dengan keje aku skang ni. Macam2 bnda baru aku blajar. Tq sgt2 la kat bos aku yg stylo tuh. Hehehe..

7. So, mcm aku ckap td, pasni aku akan kurg da antar posting baru.. sape ang free2 tu, teruskan la berblog ya...

Sekian, wassalam....

Friday, April 24, 2009

Susah sangat ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Mesti ada yg tertanya2 kenapa dengan tajuk posting aku kali ni kn? Ya, persoalan utama aku adalah "Susah sangat ke nak wat keputusan?".

2. Aku sebenarnya dalam dilema dengan banyak sangat perkara yang memerlukan aku membuat satu keputusan yang terbaik samada untuk diri sendiri atau melibatkan orang lain. Terutamanya keputusan yang berkait dengan kelangsungan hidup masa depan.

3. Ya, aku dah merasa cmne susahnya bila bekerja. Aku da sedar bahawa ayat " bestnya kalu keje nnti" yang sering terkeluar masa belajar dulu, tidak membawa maksud seperti yang diharapkan.

4. Memang la da keje xyah pikir dah pasal kuiz ke, assignment ke, test or final exam (or yang paling best PSM tu la), tapi dari segi masa untuk diri sendiri, kawan2 dan keluarga, waktu belajar la yang paling banyak untuk suma tu. (betul ke ayat aku ni??)

5. Seronok sbnarnya keje especially kalu bnda yang kita minat. Bukan maksud aku, aku tak enjoy or suka keje yang aku dapat skang ni. Cuma kadang2 tu rasa serabut, maybe sebab2 tertentu yang aku je tau or org2 yg da keje je tau. Hehehe..

6. Kenapa ya kita susah sangat untuk capai keputusan dalam satu2 masalah? Actually, bukan kita rasanya. Aku ni kot yang alwaz susah nak wat keputusan.

7. Maybe sebab aku ni terlampau banyak sangat consider pada sekeliling aku ke? Or sebab aku terlampau pikirkan kesan buruk setiap keputusan aku tu ke? Atau memang aku terlampau banyak pilihan untuk setiap masalah yang timbul tu ke?

8. Otak aku kadang2 tu sampai terproses rasa takut bila pikirkan hal masa depan especially bila sentuh hal kewangan. Tak tau la kenapa ya. Betul la cakap orang dan cakap aku sendiri, masalah ni kalu terlampau sangat dipikirkan, leh wat gila.

9. Then kalu tak dipikrkan pula, nnti masalah tu yang menghantui kita. Adus, bisa buntu kalu alwaz cenggini.

10. Tapi as seorang Muslim, aku yakin semua ni dugaanNya untuk uji kekuatan aku. Dah memang dijanjikan Allah, manusia takkan diuji dengan ujian dan dugaan yang tak mampu tertampung oleh seseorang tu. Aku juga yakin aku boleh hadapi semua ini dan juga dugaan yang mendatang. Insyallah..

Arghhh...serabutnya...

Monday, April 20, 2009

Susan Boyle??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. Ada satu video yang aku rasa ramai yang dah tahu, seorang wanita berusia 47 tahun yang memiliki suara yang mantap (tapi kena ingat, suma tu ciptaan dan kurniaan Allah jua)..

2. Yang bestnya, masa mula dia masuk pentas waktu sesi Britains Got Talent 2009, ada muka2 yang mencebik, mulut2 yang mengata dia. Ye la, dari segi penampilan dia agak kureng la. Tapi once dia nyanyi, suma tergamam!

3. Laman Youtube dia setakat ni pun dah di'view' oleh lebih 33,000,000 @ 33 juta orang dari serata dunia. Dahsyat gak tuh..

4. Nk URL Youtube tu, korang klik je tajuk postong nih ya.

5. Sekadar berkongsi dengan sesape yang maybe tak tahu lagi..

Sekian, wassalam.

Saturday, April 18, 2009

Proton Exora Prestige Concept..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1. Alhamdulillah, kita suma dah dapat tengok macammana rupabentuk model terbaru pengeluar kereta nasional, PROTON. Aku dulu ade gak masuk peraduan menamakan kereta ni, tapi belum rezeki aku. MAnatau untuk model seterusnya kot. Hehehe...

2. So kat posting ni aku bukan nak citer pasal Proton Exora yang dijual untuk orang ramai, tapi ada satu model concept car yang Proton wat guna platform Exora iaitu Proton Exora Prestige Concept.

3. Lepas aku tengok gambar2 Exora Prestige tu, aku da jatuh ati kat Exora ni. Hehe.. Bukan ape, bila baca spesifikasinya, aku rasa sesuai kalu Prestige ni digunakan oleh VVIP kat Malaysia ni. Kata pun nak support kereta buatan Malaysia kn?

4. OK, antara ciri2 Exora Prestige ni adalah kerusi belakang VIP yang leh dikawal secara automatik dan leh gak mengurut penumpang, sistem bunyi subwoofer 8 inci, 5.1 DVD player (ada 2 tuh), kotak sejuk (cooler box), dan meja sedia bina (built in la).

5. Ada lagi. Pemisah antara ruang pemandu dan penumpang belakang dipisahkan oleh satu panel cermin supaya ada privacy untuk penumpang belakang. Siap ada TV LCD 19 inci dan intercom tu. Da macam dalam kete limousine yg kita slalu tgk kat tv tu. Memang best...

6. Malas la aku nk citer lebih2 lg. Korang baca dan tgk la sndiri kat web ni ya. http://paultan.org/archives/2009/04/16/proton-exora-prestige-concept/

7. Thanks to paultan.org for the info.